Wednesday, October 15, 2008

KESIMPULAN

Secara kesuruhannya, kami mendapati sistem (ESS) yang digunakan banyak memberi manfaat kepada kakitangan TM iaitu bagi memudahkan mereka membuat permohonan cuti, kelulusan cuti, pembatalan cuti dan penggantian pelulus.
Dalam sistem (ESS) ini merangkumi empat jenis cuti iaitu, Cuti Rehat Tahunan, Cuti Kecemasan, Cuti Gantian Rehat Khas dan “Recall Leave”. “Recall Leave” ialah sejenis cuti yang bertujuan untuk memulangkan kelayakan cuti tahunan anggota apabila berlaku situasi di mana yang sudah diluluskan cuti dan sedang dalam cuti rehat tahunan atau cuti kecemasan dipanggil balik bertugas.
Setelah kami membuat kajian, sistem (ESS) ini amat penting dalam sesebuah syarikat bagi memudahkan permohonan cuti dilakukan tanpa perlu mengisi borang dan meminta pelepasan pihak atasan.
Di samping itu mereka boleh meningkatkan teknologi yang serba canggih mengikut peredaran teknologi pada masa kini. Contohnya TM tidak lagi menggunakan sistem (touch screen) bagi kehadiran pekerja, tetapi mereka menggunakan sistem (punch card) bagi merekod kehadiran kakitangan TM.



No comments: