Wednesday, October 15, 2008

SEJARAH TELEKOM MALAYSIA

Jabatan Telekom bermuda di negeri Perak pada tahun 1874 oleh J.W.W Birch. Pada tahun 1876, telah wujudnya talian sepanjang 27 batu menghubungi pejabat Residen di Kuala Kangsar dan pejabat Penolong Residen di Taiping. Pada tahun 1882, talian tersebut telah disambung keseberang Perai dan Pulau Pinang melalui kabel dasar laut. Ibusawat pertama telah dipasang di Kuala Lumpur pada tahun 1981. Terdapat 21 talian telefon di Kuala Lumpur pada tahun 1985. Dalam tahun 1990 perkhidmatan telefon MAGNETO yang pertama telah dilancarkan ke Kudat, Kota Kinabalu dan Sandakan. Dalam tahun 1908 pula sistem komunikasi bertambah maju dan telah wujud satu Jabatan Perkhidmatan Pos dan Telegram.

Pada tahun 1946, liarla Jabatan Telekom IngerĂ­s. Pada tahun 1968 telah wujud Jabatan Telecom Malaysia apabila Semensnjung Malaysia telah bercantum dengan Sabah dan Sarawak. Kemudahan sambungjauh Terus Dail (STD) telah diberikan pada tahun 1962 di antara Kuala Lumpur dan Singapura. Pada tahun 1963, gelombang mikro telah diperluaskan ke Ipoh, Pulau Pinang, Kuantan dan Kota Bharu. Pada tahun 1964, pemasangan kabel dasar laut SEACOM di antara Singapura dan Kota Kinabalu telah dilakukan pada tahun berikutnya pula, ianya dipasang di antara Kota Kinabalu dan Hong Kong.


Pemasangan Stesen Satelit Bumi yang pertama di Kuantan telah dilancarkan pada tahun 1970 dan pada tahun 1975 pemasangan Ibusawat Telek Automatik digunakan dimana ahli perniagaan dapat menghantar teleks tanpa melalui telefonis. Pada tahun 1979, pelanggan yang disambung ke ibusawat jenis Sapura Elektronik telah diperkenalkan dengan kemudahan Antarabangsa Terus Dail (ATD). Pada tahun 1981, Ibusawat Elektronik yang pertama telah dilancarkan di Pelangi Johor. Sejak itu tidak kurang daripada 60% ibusawat telefon terdiri daripada jenis berkomputer (SPC). Pada tahun 1981, Stesen Satelit Bumi yang kedua telah dilancarkan di Ledu dan ia beroperasi dengan Satelit Lautan Hindi. Pada tahun 1983 perkhidmatan Datel dan Telefaks pula telah dilancarkan.

Perkhidmatan ATUR (Automatic Telephone Using Radio) telah diperkenalkan pada tahun 1984. pada tahun 1987 Customer Service System (CASS) pula diperkenalkan untuk memudahkan urusan kerja. Perkhidmatan business INTELSAT (IBS) diperkenalkan di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang pada tahun 1988 dan pada tahun ini juga Telekom Malaysia Berhad juga lebih memberi tumpuan kepada perlaksanaan stesen satelit bumi 2A di Kuantan yang mempunyai rekabentuk dan teknologi yang termoden. Selepas itu TELEMAIL iaitu perkhidmatan pesanan elektronik berasaskan computer dilancarkan dengan perkhidmatan pos elektronik dalam versi bahasa melayu dan inggeris. Pada tahun 1990 diperkenalkan pula perkhidmatan Toll-Free Antarabangsa dan diikuti pula dengan kadfon tanpa bayaran. ISDN (Intergrated Service Digital Network) sistem yang lebih pantas pada masa kini telah diperkenalkan pada tahun 1998 dimana sistem ini membolehkan pengguna berhubung dan dapat melihat terus wajah orang yang dihubunginya dan pada tahun 1998 juga diperkenalkan juga TM-CLIP iaitu pelanggan dapat melihat nombor telefon siapa yang menghubungi mereka. Diperkenalkan pula teknologi “Video Cellullar” dan pemasangan lima ibusawat telefon bergerak dan beberapa stesen induk di Malaysia yang juga merupakan negara pertama yang menggunakan sistem tersebut di Asia.
Sistem MARS (Multi Accsess Radio System) telah diperkenalkan bagi menjaga kepentingan penduduk luar Bandar. Usaha-usaha pembaikpulih mutu perkhidmatan diteruskan. Dengan adanya kemajuan teknologi “Fiber Optic” iaitu rangkaian digital dan teknologi komputer. Selepas ini tanggungjawab operasi akan diteruskan oleh Syarikat Telekom Malaysia (STM) yang bakal menghadapi persaingan yang lebih Hebat daripada pesaing-pesaing dari dalam mahupun dari luar.

2 comments: