Wednesday, October 15, 2008

LATAR BELAKANG TELEKOM MALAYSIA

Permintaan terhadap perkhidmatan telekomunikasi pada masa kini terus berkembang pesat. Bilangan pelanggan dan perkhidmatan telah meningkat di kawasan bandar mahupun luar bandar. Sejajar dengan itu maka perkhidmatan tambahan dan baru terus diperluaskan selaras dengan permintaan pengguna individu mahupun perniagaan.

Dengan mengambil peluang dari kedudukan pasaran yang semakin kukuh dan pengurusan yang bertambah baik maka pada tahun 1946 lahirlah Jabatan Telekom Malaysia (JTM) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Bagi memajukan dan menaikkan lagi taraf sektor telekomunikasi ini maka pada tahun 1987, Jabatan Telekom Malaysia ini talah diswastakan diatas nama Telekom Malaysia Berhad.

Namun begitu ia tetap dikawal selia oleh Kementeriaan Tenaga, Komunikasi dan Multimedia. Sejajar dengan itu Telekom Malaysia Berhad telah mengorak langkah untuk terus berkembang seiring dengan hasil pertumbuhan yang berterusan di mana ianya dapat menambah kepada keuntungan yang tinggi. Telekom Malaysia Berhad juga penyumbang besar dari segi pembangunan dalam pasaran telekomunikasi di Malaysia secara progresif.

Tujuan penswastaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi taraf ekonomi, kecekapan bekerja serta meningkatkan keupayaan dan kekerapan dalam verja yang dinamik untuk menghadapi persaingan sama ada di dalam mahupun di luar negara.

Kerajaan Malaysia merupakan pemegang saham utama sebanyak 60 peratus dan 40 peratus lagi adalah di bawah pentadbiran individu (swasta). Pada masa ini, Ketua Eksekutif Telekom Malysia Berhad adalah Dato’ Dr. Khir bin Abd. Rahman. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pentadbiran Telekom Malaysia bagi merpertingkatkan dan mewujudkan sistem rangkaian telekomunikasi yang canggih dan menjadi sebuah organisasi yang unggul. Bagi mencapai syarikat yang bertaraf dunia Telekom Malaysia Berhad telah menyusun kembali strategi perniagaannya iaitu dengan mengubah carta organisasi pada 1 Julai 1995.

No comments: